BOLKIAH GARRISON, Friday, 28 February 2025 – A total of 18 personnel from the Joint Force Headquarters, Royal Brunei Armed Forces (JFHQ), have been promoted, consisting of 14 Senior Non-Commissioned Officers and 4 Junior Non-Commissioned Officers, which was held at the WO/SSgt/Sgt Mess, Bolkiah Garrison.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of ranks by the Guest of Honor, Yang Mulia Colonel Aldi bin Haji Hassan, Acting Commander of the Joint Force.
Also present at the ceremony were the Chief of Staff of the Joint Force, Senior Officers, as well as the families of the promoted personnel.
The ceremony concluded with a recitation of Doa, followed by a group photo session and the signing of the parchment.
The entire JFHQ extends its heartfelt congratulations to the Senior and Junior Non-Commissioned Officers who have been promoted, as a recognition and appreciation of their service, as well as expressing gratitude to the families for their support in assisting the personnel in carrying out their entrusted duties.






MAJLIS KENAIKKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH MARKAS ANGKATAN BERSAMA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
BOLKIAH GARISON, Jumaat, 28 Februari 2025 – Seramai 18 anggota Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) telah dinaikkan pangkat terdiri daripada 14 anggota PTB Kanan dan 4 anggota PTB Rendah bertempat di Mes PW/SSjn/Sjn, Bolkiah Garison.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian pangkat yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Staf AB, Pegawai-Pegawai Kanan MAB ABDB, serta ahli keluarga anggota-anggota yang dinaikkan pangkat.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa, diikuti sesi bergambar ramai dan menandatangani lembaran kenangan.
Seluruh barisan MAB ABDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah yang telah dinaikkan pangkat, yang merupakan penghargaan dan pengiktirafan atas khidmat yang disumbangkan, serta ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli keluarga atas sokongan yang diberikan kepada mereka dalam menggalas tugas yang diamanahkan.